Thursday, July 23, 2009

ANUGERAH ISTIMEWA UNTUK KITA HARGAI...

Hati dan perasaan...

Mungkin tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yan betul kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tetapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak akan nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita. Memberi seseorang seluruh cinta bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali ! Jangan harapkan cinta sebagai balasan.Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak,pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang,satu jam untuk menyukai seseorang,satu hari untuk menyitai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. Jangan pandang kepada kecantikan kerana ia boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah insan yang buatkan hati anda tersenyum. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik...

butakah chenta..?

butakah chenta..?
orang tue2 kate,chenta itu bute..?btol ke..?hehehe....tol ke???